Kasihku Yang Satu
RM37.00
* Stok belum ada bersama KN
NO. ISBN:- 978-967-5067-75-4
SEMENANJUNG:- RM37.00 AHLI KN: RM33.00
SABAH/SARAWAK:- RM40.00 AHLI KN: RM36.00
Sinopsis:-
Perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga amat menyeksakan.
Daniel Harith terpaksa kerana harta danDannia pula terpaksa kerana budi pada
keluarga. Berat matamemandang, berat lagi bahu memikul. Namun, di sebalik
perkahwinan yang disangka bahagia sebenarnya membawa duka kepada Dannia. Semua
itu hanya dipendam keseorangan. Semakin hari perangai Harith
semakin melampau. Kerana satu kejadian yang melukakan hati, Dannia tega
membawa diri membiarkan Harith terkapaikapai sendirian. Ketiadaan Dannia
membuatkan dirinya digamit rindu yang mencengkam hati lelakinya.
Setelah bertahun Dannia kembali, dirinya ditemukan kembali
dengan lelaki yang pernah menggores luka di hatinya. Sedaya upaya Dannia
melarikan diri semakin dekat lelaki itu menghampiri. Sejauh mana pun dia
melarikan diri namun ikatan antara mereka tersimpul mati. Setelah beberapa lama
mencuba, gadis mana tidak cair dengan ayat-ayat manis, begitu juga dengan
Dannia. Dirinya akur turut sama mencintai suaminya. Hubungan mereka
kembali rapat.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Hubungan mereka kembali bergolak angkara orang ketiga yang begitu mendendami
Dannia sejak dahulu.
Sekali lagi Dannia membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan
kedua Daniel Harith. Kehamilannya dirahsiakan daripada suami, Harith pula
tercari cari si isteri kerana ia hanyalah salah faham dan perangkap
semata-mata.
Setelah hampir dua tahun menghilang Dannia pulang ke pangkuan
keluarga dengan anak kecil. Daniel Harith yang berjaya menjejaki Dannia cuba
mengadakan sebuah pertemuan dengan wanita kesayangannya. Berjayakah Harith
bertemu Dannia apabila orang ketiga mengadakan pelbagai fitnah demi menghalang
mereka berdua bersatu kembali? Kuatkah Harith dan Dannia melawan dugaan yang
kian mencabar mereka? Tabahkah Dannia mengharunginya?
“Sekali aku melafazkan cinta, selama itulah hatiku milikmu
kerana kaulah Kasihku Yang Satu.”
No comments:
Post a Comment