Tuesday, 29 January 2013

Majalah Hiburan


URTV tetap bersemangat, berwarna-warni dan menghiburkan sebagaimana ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1970. URTVtidak pernah lapuk ditelan zaman kerana ia mampu bertahan sebagai salah sebuah majalah hiburan yang popular di Malaysia yang mengikuti dengan rapat, kalau pun tidak menerajui, perubahan zaman.

Menjaminkan kekaguman kepada pembaca, URTV membuat liputan yang tajam dan tegas, serta pantas terhadap berita dan peristiwa terkini sekitar dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Gambar-gambarnya yang menarik mencuit hati pembacanya. Bergaya dan juga menguja.
Terbitan Pertama
15 Januari 1970
Bahasa
Bahasa Melayu
Konsep
Hiburan
Sasaran Pembaca
20 - 39 tahun
Edaran
45,000 (setiap keluaran)
Frekuensi
Dwi Bulanan
Pembaca
52,000 (Media Index Q4/10)
Harga
RM 3.50 (Semenanjung M’sia) 

Majalah Kesihatan


I-SIHAT ialah sebuah majalah yang memaparkan isu-isu dunia perubatan serta penduan menjalani kehidupan yang sihat.
Ia juga padat dengan info berguna mengenai kesihatan dan penyakit, pemakanan, kecergasan, kecantikan dan gaya hidup sihat.
Terbitan Pertama
July 2006 / Jun 2010
Bahasa
Bahasa Melayu
Konsep
Kesihatan
Sasaran Pembaca
15 tahun ke atas
Edaran
25,000
Frekuensi
Bulanan
Harga
RM 5.50 (Semenanjung M’sia)


Children Story


Sea Monsters, A Canadian Museum of Nature Book 
Author: Stephen Cumbaa; Illustrator: Margot Thompson
Pages: 40
Publisher/Date: Kids Can Press/2007
ISBN: 1553375599
Age Levels: 7-12

It was late one night, far out in the middle of the ocean. Suddenly, the dark water began to bubble and foam. Something rose high above the surface. A gigantic tentacle shot out of the darkness and thumped the deck! Then the monstrous arm slid back into the murky depths. Not one of the terrified crew slept that night.
Tales such as these have been passed down since humans began navigating the Earth’s waterways. Interestingly, some of these stories were probably true. Scientists have found fossils of sea monsters that once lived.
Some of the largest sea monsters were the fish-lizards, or ichthyosaurs (ICK-thee-oh-sawrz). These hunters were fast, powerful swimmers and deep divers. They could chase their prey as far below the ocean’s surface as the length of six football fields.
Their large eyes allowed them to dine in the dark. Too, lots of "sharp teeth in their narrow jaws kept dinner from slipping away."
Another monster was the mosasaur (MOE-zuh-sawr). Scientists believe these giant lizards hunted close to shore. "Rocketing through the water," they would "gobble down anything in their path." In fact, "the mosasaur’s mouth would swing open wide so it could swallow an animal nearly as big as itself."
While the ichthyosaur and mosasaur lived millions of years ago, not all sea monsters are extinct.
One of the strangest sea monsters of all is the manta ray, a close relative of sharks . . . These giants fly through the water with their great wings. Each wing can stretch out as large as your living room . . . Mantas often take off with a burst of speed and leap out of the water—as high as 5 m (16 ft.). They have been known to crush boats when they smack down on the water in belly flops.
And what of the famous sea monsters such as the ones supposedly found in Loch Ness and Lake Champlain? Although rewards have been offered for proof of these animals, no one has collected as yet. "Scientists," Cumbaa writes, "are still looking for answers."
This exciting, fact-filled exploration is extremely well-written. Cumbaa does a masterful job of presenting scientific information in a way that young readers can understand and relate to. For example: "The fossil skeleton of a truly monstrous ichthyosaur was discovered in British Columbia, Canada, in 1992. This beast was as long as two big school buses. It probably weighed more than 1000 fourth graders!" The artwork, a mixture of photography and oil paintings, brings these fascinating creatures to life.

Monday, 28 January 2013

Komik Remaja


Kreko Komik Remaja yang juga dikenali dengan nama Kreko, adalah majalah manga Malaysia yang menerbitkan siri manga berepisod di dalam Bahasa Malaysia. Kreko diterbitkan tiga sekali sebulan iaitu pada 1hb, 11hb dan 21hb serta dijual pada harga RM4.00 melainkan keluaran isu bumper atau isu khas. Majalah ini diterbitkan oleh Comics Media. 

Selain daripada manga, Kreko turut menyiarkan artikel tentang anime, artis, budaya serta informasi tentang figura, gajet, filem terbaru dan permainan video. Terdapat juga ruangan interaktif bersama pembaca seperti Show-Off, Lyrics Club, Ask Prof Kreko dan banyak lagi.

Buku Resepi


    1. RM 39.90
      Hanya boleh didapati di Popular Bookstore
    ISBN-13: 978-967-5564-84-0 
    Tarikh Terbit: 30 Jul 2010
    Jumlah Muka Surat : 396
    Kategori: Resipi
Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan 365 resipi hasil kreativiti CHef Hanieliza yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istimewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta kuih muih minum petang.

Majalah Wanita


Chef Pastri, Rukedi Yajid @ Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Chef KD ini cukup mesra orangnya. Walaupun baru pertama kali bersua muka, keserasian begitu cepat terjalin. Bermacam-macam cerita mahu dikongsi terutama tentang petua-petua menghasilkan resipi pastri yang enak-enak.
Kesempatan bertemu dengannya di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur sewaktu sesi penggambaran resipi langsung mem buka peluang untuk menemu ramah nya. Chef KD pula tiada masalah untuk memberikan sepenuh kerjasama. Setiap persoalan yang diutara kan akan dijawab nya dengan penuh keikhlasan.
Lulusan Ijazah Seni Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini tidak pernah terfi kir yang dirinya akan melangkah sejauh ini. Cuma sewaktu kecilnya, dia cukup setia membantu ibunya di dapur.
Ibunya yang tinggal di Kelantan bekerja sebagai tukang jahit dan sesekali mengambil tempahan biskut dari masyarakat setempat. Semua itu dilakukan demi menam pung kehidupan keluarga yang serba sederhana.
Daripada situlah dirinya mula berjinak-jinak dalam dunia pastri iaitu pembuatan kek dan biskut sehinggalah dirinya mampu meraih kecemerlangan dalam kerjayanya pada hari ini. Sebaik sahaja tamat pengajian, dia diterima bekerja di Renaissance Kota Bharu Hotel, Kelantan.
“Hampir lima tahun saya di sana. Waktu itu, impian untuk mencari sesuatu dalam hidup sentiasa menebal dalam diri. Tapi hasrat itu terhalang kerana keluarga lebih senang andai saya bekerja dekat dengan mereka di Kota Bharu.
“Tapi dalam diam, saya minta juga kerja di Putrajaya Marriot Hotel. Rupanya permohonan dalam diam itu telah diterima dan saya dipanggil untuk mendaftarkan diri di sana.
“Dalam pada itu, saya menanamkan azam yang kuat dalam diri untuk mencapai impian yang saya hajatkan. Dari Putrajaya saya melompat ke One World Hotel dan akhirnya ke Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
“Saya juga bermula dari bawah, mula-mula menjawat commis, demi chef, chef de partie, senior chef de partie kemudian, pembantu pastri dan akhirnya bergelar pastri chef dengan mempunyai 10 orang kaki tangan di bawah saya,” ceritanya tentang sejarah kehidupan.
Bukan Jalan Cipta Nama
Kejayaan yang paling manis dalam kerjaya Chef KD pastinya menerusi hasil rekaan penuh kreatif hiasan kek coklat langsung mengangkat dirinya sebagai ‘The Most Creative Chocolate Cake’ dalam pertandingan Kejohanan Kek Coklat ke-5 yang berlangsung di Great Eastern Mall baru-baru ini. Kek yang dihasilkan itu dinamakan ‘Chocolate Cempedak Ecstacy’.
“Kalau diikutkan saya sebenarnya tidak mempunyai masa untuk bersiap sedia dalam pertandingan tersebut. Saya hanya mempunyai tempoh dua minggu untuk memikirkan kek coklat yang akan dipertandingkan. Sebab itulah tumpuan amat penting sekali.
“Saya perlu banyak berimaginasi bagi menghasilkan karya terbaik. Sememangnya kemenangan itu telah membuka jalan untuk saya mencipta nama dalam industri ini. Dari situ juga saya tahu dimanakah kekuatan yang ada dalam diri saya,” tambahnya yang turut mendaftarkan diri dalam Persatuan Chef Malaysia.
“Sebelum ini saya pernah menyertai pertandingan seumpamanya tetapi saya sekadar menduduki tempat kedua. Getir untuk menerima hakikat itu, namun saya tabahkan hati dan tetapkan sasaran yang saya pasti mampu meraih pingat emas pada masa akan datang. Syukurlah apa yang disasarkan itu tercapai juga,” tambah anak kelahiran Kelantan ini.
Dirinya sentiasa memasang impian untuk bertanding ke peringkat yang lebih besar misalnya di luar negara. Pastinya apa yang dihajatkan itu akan menjadi kenyataan andai mendapat sokongan pihak majikan. Dalam pada itu, Chef KD sentiasa berusaha meningkatkan diri agar dirinya dapat menggenggam apa yang dihajatkan itu.
Tidak Malu Bertanya
Menurutnya lagi, dalam pada menuntut ilmu agar mahir memasak, dirinya sentiasa mengikut tunjuk ajar gurunya yang dinamakan Sifu George Cum. Melalui gurunya itulah, Chef KD belajar tentang banyak perkara, bukan sahaja tentang dunia masakan malah soal disiplin diri, perancangan, kemahiran dan pengurusan kerjaya.
Chef KD tidak pernah malu bertanya ataupun belajar tentang suatu ilmu baru. Baginya untuk berjaya sikap itulah yang perlu ada dalam diri. Berpersatuan juga banyak membantunya untuk mengetahui perkembangan terkini dunia pastri dan yang saling berkaitan. Pertemuan dengan chef-chef lain di dalam persatuan membolehkan mereka saling berbincang dan bertukar pandangan.
“Sememangnya saya seorang yang kuat bekerja. Saya akan masuk seawal 7 pagi dan hanya akan pulang pada jam 10 malam. Saya agak cerewet dan teliti dalam setiap hasil kerja.
“Apabila kakitangan saya hasilkan sesuatu, saya akan pastikan apa yang mereka buat itu menepati standard yang saya tetapkan. Adakah masakan itu enak rasanya, cantik hiasannya dan sebagainya. Selagi belum puas hati, selagi itulah saya akan minta mereka buat sampai menepati apa yang diinginkan,” terangnya.
Dalam pengurusan di bahagian pula, katanya dia telah membahagikan kakitangan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Setiap kumpulan mempunyai ketua yang akan melaporkan terus kepada dirinya.
“Ianya perlu dilakukan sedemikian agar perjalanan tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar,” luah pemuda berusia 34 tahun yang masih belum mendirikan rumah tangga ini lagi.
Meskipun satu ketika dulu kerjaya di ibu kota tidak disenangi oleh keluarga namun kejayaannya kini memberi kebang gaan kepada ahli keluarganya di Kelantan. Pastinya untuk sampai ke tahap sekarang ini memerlukan usaha gigih yang berterusan dari seorang lelaki muda sepertinya. Semoga Chef KD berjaya mencapai apa yang dicarinya selama ini.

Majalah Lelaki


AJARI AKU TUK BISA MENCINTAIMU...ANUAR ZAIN
Oleh: EDITORIAL MASKULIN
Tarikh: 22 Januari 2013

ANUAR ZAIN FEB 13
30 tahun bergelar anak seni, titik tolak pencapaiannya di dalam industri muzik tanah air masih diteruskan. Lagu-lagu yang didendangkan menjadi ingatan dan siulan setiap generasi seluruh tanah air. Titik tolak pencapaiannya di dalam industri muzik tanah air masih diteruskan. Lagu-lagu yang didendangkan menjadi ingatan dan siulan setiap generasi seluruh tanah air. Kini Anuar Zain sudah bersedia mempertaruhkan konsert solonya yang pertama, ‘Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’...dan adakah Anuar telah bertemu jodoh cintanya? Semuanya terjawab di dalam MASKULIN EDISI FEB 2013

Novel Remaja


Kasihku Yang Satu
RM37.00
Stok belum ada bersama KN


NO. ISBN:- 978-967-5067-75-4
SEMENANJUNG:- RM37.00 AHLI KN: RM33.00
SABAH/SARAWAK:- RM40.00 AHLI KN: RM36.00
Sinopsis:-
Perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga amat menyeksakan. Daniel Harith terpaksa kerana harta danDannia pula terpaksa kerana budi pada keluarga. Berat matamemandang, berat lagi bahu memikul. Namun, di sebalik perkahwinan yang disangka bahagia sebenarnya membawa duka kepada Dannia. Semua itu hanya dipendam keseorangan. Semakin hari perangai Harith semakin melampau. Kerana satu kejadian yang melukakan hati, Dannia tega membawa diri membiarkan Harith terkapaikapai sendirian. Ketiadaan Dannia membuatkan dirinya digamit rindu yang mencengkam hati lelakinya.
Setelah bertahun Dannia kembali, dirinya ditemukan kembali dengan lelaki yang pernah menggores luka di hatinya. Sedaya upaya Dannia melarikan diri semakin dekat lelaki itu menghampiri. Sejauh mana pun dia melarikan diri namun ikatan antara mereka tersimpul mati. Setelah beberapa lama mencuba, gadis mana tidak cair dengan ayat-ayat manis, begitu juga dengan Dannia. Dirinya akur turut sama mencintai suaminya. Hubungan mereka kembali rapat.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan mereka kembali bergolak angkara orang ketiga yang begitu mendendami Dannia sejak dahulu.
Sekali lagi Dannia membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan kedua Daniel Harith. Kehamilannya dirahsiakan daripada suami, Harith pula tercari cari si isteri kerana ia hanyalah salah faham dan perangkap semata-mata.
Setelah hampir dua tahun menghilang Dannia pulang ke pangkuan keluarga dengan anak kecil. Daniel Harith yang berjaya menjejaki Dannia cuba mengadakan sebuah pertemuan dengan wanita kesayangannya. Berjayakah Harith bertemu Dannia apabila orang ketiga mengadakan pelbagai fitnah demi menghalang mereka berdua bersatu kembali? Kuatkah Harith dan Dannia melawan dugaan yang kian mencabar mereka? Tabahkah Dannia mengharunginya?
“Sekali aku melafazkan cinta, selama itulah hatiku milikmu kerana kaulah Kasihku Yang Satu.”